Latest News

MAMAT EXIST Tak Mampu bayar Denda Berdepan 8 Bulan Penjara

Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dua tahun lalu.

Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusof ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan penyanyi itu dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.
Beliau juga mengarahkan Mamat, 37, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Bagaimanapun, Mamat yang memakai baju lokap ungu dan memakai topeng berikutan masalah kesihatan gagal membayar denda dan dibawa ke Penjara Bentong untuk menjalani hukuman penjara.

Mengikut tuduhan, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu itu didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine ke dalam badannya di sebuah rumah di Kuala Lipis pada 19 Disember 2013.

Pemenang tempat ketiga program realiti Gegar Vaganza baru-baru ini itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Fadlyzil Ikram Kamaruddin yang mewakili Mamat memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang menjimatkan masa dan kos mahkamah.

Katanya, selain itu, tertuduh juga memberikan kerjasama sepanjang siasatan polis dan sudah insaf kesalahan dilakukannya.

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.