Latest News

Hasrat Hanez Suraya Tercapai, Selamat Bertunang !!

Tahun 2014 merupakan tahun kontroversi buat pelakon Hanez Suraya, apabila dia dikatakan menjadi punca keretakan rumahtangga  Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, dengan isterinya, Nur Liyana Manan, 29. Keduanya telah sah bercerai pada 9 Disember lepas di Mahkamah Syariah.

UtaraFM Online
Hanez juga mendakwa sudah memutuskan hubungan dengan Romie, namun ramai yang tidak percaya dengan dakwaan Hanez dan menganggapnya satu usaha untuk membolehkan dia dipanggil semula untuk berlakon semata-mata setelah dia mula diboikot peminat yang menyebabkan stesen televisyen tempatan tidak mahu mengambilnya berlakon untuk menjaga rating penonton. Perkara ini juga telah dinafikan oleh Hanez.

Walaubagaimanapun, terdapat desas-desus yang mendakwa Hanez dan Romie akan melaksanakan majlis pertunangan pada hari ini, 3 Januari 2014 di kediaman keluarga Hanez di Seremban, Negeri Sembilan. Malahan, ada yang memberitahu gambar profil Whatsapp Romie memaparkan jejari kurus dan putih seorang wanita yang mengenakan cincin.

Dan ternyata desas-desus ini benar apabila Berita Harian melaporkan Hanez telah selamat bertunang pada hari ini selepas Isyak dengan Romie. Hanez kelihatan anggun dengan mengenakan busana warna putih. Majlis telah berlangsung di rumah keluarga Hanez di Seremban dengan kehadiran terdiri daripada kalangan ahli keluarga sahaja.

Ujar Hanez:
Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang.

Buat keduanya, tahniah diucapkan. Semoga urusan perkahwinan selepas ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga kebahagiaan akan menjadi milik anda berdua. -BEAUTIFULNARA

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.