Latest News

NORA DANISH Antara Artis Kenakan Caj Paling Tinggi di Instagram

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish adalah antara artis yang mengenakan caj periklanan produk tertinggi menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Utarafm online
Nora danish
Nora mengenakan caj antara RM1,500 sehingga RM3,000 bersesuaian dengan jumlah opengikutnya yang ramai di laman sosial berkenaan iaitu mencecah 1.4 juta orang.

Bayaran RM1,500 dikenakan Nora adalah bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi.

Caj sebanyak RM3,000 pula untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama.

Bagi hari Sabtu dan Ahad pula, kos yang sama dikenakan itu RM3,000.

Dalam pada itu, model Raisyyah Rania (Felixia Yeap) yang mempunyai 214 ribu pengikut mengenakan caj mengikut pakej-pakej tertentu di mana dia akan membuat iklan sebanyak dua kali di Instagram dan sekali di Facebook dengan harga RM2,000.

Bagi tiga kali periklanan di Instagram, model itu meletakkan harga RM2,500.

Bagaimanapun penyanyi Fynn Jamal (408 ribu pengikut) meletakkan harga diantara RM200 hingga RM500 di mana caj yang dikenakan mengikut kemampuan peniaga Instagram berkenaan.

Begitu juga dengan pengacara Nana Mahazan (177 ribu pengikut) yang meletakkan harga di bawah RM500 mengikut perbincangan yang dibuat dengan penjual iklan.

Aktor Fizo Omar yang mempunyai 380,000 pengikut mengenakan caj di bawah RM1,000 dan akan memberikan diskaun pada masa-masa tertentu kepada mana-mana pengikut laman sosial berkenaan yang mahu mengiklankan produk mereka.

Menurut Fizo yang dihubungi mStar Online, dia menganggap perkhidmatan IG Review iaitu periklanan di laman sosial Instagram atis adalah satu kaedah baru dalam dunia perniagaan dalam mempromosikan sesebuah produk.

"Saya percaya, konsep peniaga memerlukan bantuan artis yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi bagi mempromosikan kedai online masing-masing adalah cara baru dalam perniagaan.

"Dan saya rasa, tidak salah jika seseorang selebriti itu mengenakan caj tertentu. Lagipun tidak ada yang percuma sekarang ini.

"Cuma saya harap, bagi pihak artis, janganlah letak harga yang begitu tinggi sehingga membebankan peniaga-peniaga yang baru ingin menapak," katanya.

Sementara itu, salah seorang peniaga Instagram yang dikenali sebagai Ela ketika dihubungi mStar Online berkata, terdapat segelintir artis yang mengambil kesempatan terhadap peniaga-peniaga online apabila mengenakan harga yang tidak munasabah bagi setiap promosi yang dimuatnaik di Instagram.

"Biasanya, artis yang mempunyai lebih daripada 800 ribu pengikut akan meletakkan harga yang sangat tinggi. Saya anggap perkara ini tidak patut kerana hasil yang diterima daripada peniaga hanyalah mendapat penambahan pengikut di Instagram sahaja dan yang membeli pula tidak ramai," ujarnya.

Bagaimanapun Ela berkata, ada juga kebanyakan artis yang mengenakan cas yang relevan mengikut kemampuan peniaga itu sendiri di mana para peniaga turut memberi harga diskaun bagi mana-mana barangan yang ingin dibeli oleh artis berkenaan.

Ketika ini trend orang ramai mumuat naik status promosi produk masing-masing di status yang dimuat naik oleh kebanyakan artis semakin menjadi-jadi menyebabkan kaedah IG Review ini terpaksa diperkenalkan.

Para artis akan mempromosikan produk-produk berkenaan selepas persetujuan dicapai bersama pelanggan termasuk kaedah pembayaran.

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.