Latest News

Chaha Maembong nak jadi usahawan

Chaha Maembong nak jadi usahawan

Dilahirkan dalam keluarga seni, ia membuatkan segala tindak-tanduknya sering menjadi tarikan ramai. Malah, paling tak diinginkannya apabila diri dikaitkan dengan gosip dan kisah sensasi.

Utarafm online

Namun, itulah yang dihadapi pelakon meningkat naik, Chacha Maembong, 18, baru-baru ini. Pada awal Ogos lalu, Chacha dikaitkan dengan insiden bersikap kurang ajar kepada se­orang pelakon. 

Dalam insiden itu, Chacha dikatakan bertindak kasar apabila secara tiba-tiba dia menghayunkan beg tangannya hingga terkena kepala seorang pelakon hanya gara-gara kurang berpuas hati soal pakaian. Kisah itu nyata cukup mengejutkan. 

Chacha yang tegas mempertahankan dirinya tidak bersalah apatah lagi pernah terbabit dalam insiden memalukan seperti itu me­ngakui ia gosip yang tidak berasas. Ujarnya, dia masih waras dan tidak pernah bertindak kejam kepada orang lain.


“Saya masih tetap de­ngan pendirian gosip yang pernah tersebar dan hebat diperkatakan itu sama sekali tidak benar. Ia adalah cerita rekaan dan tidak berasas semata-mata untuk merosakkan reputasi saya. -Hmetro-

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.