Latest News

Nonong mampu menceriakan dunia hiburan Sabah jika diberi peluang


Berhasrat menjadi seorang penyanyi artis solo bukan sekadar angan-angan bagi dirinya yang juga mempunyai koleksi lagu sendiri yang masih belum direkodkan. Fazirah Ghazali, 19, membuktikan dia serius dengan cita-citanya dengan mendalami dunia nyanyian. Gadis yang mesra dipanggil Nonong berkata, niatnya menyertai bidang hiburan untuk mendalami dunia nyanyian yang diminatinya sejak kecil.

“Saya memang berminat dalam dunia hiburan dan sentiasa menjadikannya ia perkara pertama dalam kehidupan seharian untuk menambah lagi kemantapan vocal .”Malah, dalam masa yang sama ,saya sentiasa menjaga pemakanan untuk memastikan vocal terus terpeihara.

Menurutnya , dalam dunia hiburan juga turut mementingkan penampilan dan juga vocal yang menarik dan perlu mengikuti ‘trend’ semasa.”ia pendedahan awal sebelum saya menyertai bidang nyanyian dan merekodkan lagu sendiri.

“Meskipun masih baru dalam bidang nyanyian,tetapi saya yakin dapat mendalami dunia nyanyian bagi memenuhi cita-cita yang terpendam sejak dulu lagi,”Katanya.

Menurut anak kelahiran Beaufort itu,beliau juga pernah terlibat dalam pengambaran video clip dalam rancangan Melodi  Alam TVi Astro channel 180 dimana telah merekodkan lagu  Bisikan Suara Hati dan Nakuro ikau kidum kidum.

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.